Posts

Showing posts from October, 2017

e-Usahawan dan Bajet 2018

Image
sumber: www.bharian.com.my Alhamdulillah setelah selesai Pembentangan Bajet 2018, Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri telah memperuntukan RM 100 Juta untuk Program e-Usahawan, e-Rezeki dan e-Ladang. Saya sangat bersyukur kerana Program e-Usahawan diteruskan kerana ianya sangat diperlukan oleh usahawan zaman sekarang ini. Setiap bulan akan ada mereka yang berjinak-jinak untuk berniaga secara online, tetapi mencari ilmu Digital Marketing ni kalau di pasaran, harganya mencecah ribuan ringgit. Program e-Usahawan pula adalah PERCUMA! Bagaimana nak daftar untuk Program e-Usahawan?  klik disini Berita baik untuk Start-ups juga! Anda boleh mencari Angel Investor untuk terus memperluaskan dan memperkembangan perniagaan anda. Sebab itulah masalah Start-ups, tiada modal untuk pengiklanan perniagaan mereka di Facebook untuk mendapatkan Brand Awareness dari target market. Facebook semakin hari semakin ramai yang menggunakan untuk berniaga, yang penting sekali adalah

Pengisian Workshop Terakhir 2017 bersama Facebook Malaysia Bahagian 2

Image
Instagram sejak kebelakang ini semakin popular dikalangan remaja dan belia. Kenapa ramai yang minat dengan Instagram agaknya? Mungkinkah ia sebuah platform social media yang simple untuk memberi inspirasi visual? Mugkinkah sebab Instagram ni tak perlu nak sembang-sembang banyak dan berkongsikan gambar je. Jikalau dulu platform Instagram bila nak berniaga adalah dengan cara swap reviews, tetapi sekarang, kita boleh buat Instagram Ads bagi mendapatkan audience reach yang lebih ramai. Ditambahkan pula dengan limit video di Instagram dinaikkan sehingga 1 minit, dan ditambah pula dengan Insta-Story yang lagi menyenangkan visibility perkongsian kita dengan followers. Pengguna Instagram bertambah sejak pembaharuan yang dibuat, dan berikut adalah perkembangan komuniti Instagram: 800 Juta aktiviti upload gambar dan viedo setiap hari 400 Juta log in setiap hari 80% reach luar USA 1 Juta pengguna aktif 250 Juta Insta-story setiap hari 15 Juta posting dari profil bisnes

Kehadapan Bajet 2018 dan eUsahawan

Image
sumber: http://www.umno-online.my Pada Bajet 2017, kita dapat menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kita telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 100 Juta untuk Inisiatif e-Usahawan dan e-Rezeki.  sumber: eusahawan.mdec.my Menerusi Inisiatif eUsahawan sebanyak 85,714 usahawan yang telah dilatih untuk memperkasakan ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang Online Marketing. 34,235 orang jumlah usahawan muda dimana mereka adalah pelajar pengajian tinggi dan 51,479 usahawan mikro. Inisiatif eUsahawan telah banyak membantu usahawan untuk mendapatkan ilmu online marketing secara percuma! Saya sendiri seorang eUsahawan Master Trainer telah banyak mengubah nasib usahawan setelah menghadiran Program eUsahawan. Sejak 2016 saya telah melatih dan alhamdulillah, di antara mereka merupakan Top 50 Performing eUsahawan yang akan naik sepentas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Daya eUsahawan 2017 yang akan berlangsung di PWTC pada 30 &am

Daya eUsahawan 2017 GLITTER GALA DINNER

Image
sumber: www.facebook.com/eUsahawanMY/ Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat jemputan ke Konvesyen Daya eUsahawan 2017 !!! Jangan lupa bahawa terdapat Majlis Malam Gala Daya eUsahawan pada 31 Oktober 2017. Aturacara Majlis adalah seperti didalam gambar diatas. Untuk pengetahuan semua, Malam Gala Daya eUsahawan merupakan satu Majlis penutup Daya eUsahawan yang akan disambutkan dengan sangat meriah! Kenapa meriah? Peserta Terbaik eUsahawan 2017 akan dinobatkan pada malam tersebut! Pada tahun lalu, student eUsahawan saya telah dianugerahkan Peserta eUsahawan Terbaik! Saya sangat berharap, tahun ini student saya juga akan dinobatkan sekali lagi. Tidak lupa juga Best eUsahawan Trainer juga akan dinobatkan, dan Best Training Centre.  Jadi, untuk malam yang berprestij ini, satu tema telah dikeluarkan oleh Pihak Penganjur. Temanya GLITTER! Ada student saya minta sedikit idea untuk pakaian pada malam tersebut. Saya pon tiada idea, tapi apa saya buat, saya Google 'glitter s

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Image
Hipster Pomade, siapa tidak kenal dengan nama Hipster Pomade yang sinonim dengan trend gaya rambut classic masa kini. Sebut saja Hipster Pomade semua orang kenal, dari budak-budak sehingga ke dewasa. Produk pilihan No. 1 rakyat Malaysia dengan Fattah Amin sebagai Duta produk. Ditubuhkan pada tahun 2015, Hipster Pomade telah mendapat banyak anugerah untuk produk terbaik dan juga CEO Hipster Pomade, Encik Amir Syakireen Ramli sebagai Ikon Usahawan. Alhamdulillah saya dapat bersembang bersama beliau pada Konvensyen Daya eUsahawan 2016, dan saya meminta beliau berkongsikan rahsia kejayaan Hipster Pomade.  \ Perkongsian Kejayaan Hipster Pomade: 1) Konsisten dalam menguruskan perniagaan. Tetapkan waktu kita bekerja untuk bisnes kita. Hipster Pomade pada asalnya hanya bisnes part-time, tetapi disebabkan pengurusan bisnes yang konsisten ia telah menjadi bisnes full-time. Konsisten dalam pengurusan bisnes disini ialah, kita sentiasa membuat Marketing! Marketing melalu

Pengisian Workshop Terakhir 2017 bersama Facebook Malaysia

Image
Perkara yang paling penting untuk usahawan adalah pada membuat sales. Tetapi sebagai usahawan kita perlu tahun bulan berapa yang ramai orang akan membeli. Betul tak? Disini saya akan share sales yang berlaku daripada urusniaga secara Online di dalam Facebook itu sendiri, untuk berniaga online secara optimum usahawan wajib ada Webstore untuk menguruskan perniagaan secara automatic seperti apa yang ditawarkan AVANA.  Kenapa berniaga secara online atau eCommerce? Pada tahun 2016, Market size eCommerce didalam Malaysia adalah RM 2.41 Billion, bukan juta tetapi billion dah. Market sangat luas sebenarnya, kita Cuma kena tahu bagaimana hendak dapatkan prospek dan kemudian sales sahaja. eCommerce berkembang secara pesat dan positif dengan kenaikan 47% dari tahun 2015. Maka, perniagaan selepas ini sudah wajib ada Webstore. Webstore dapat memudahkan urusniaga secara Online. Orang sekarang memang smartphone itu sentiasa ditangan betul tak? Dan setiap urusan  jual beli sekarang a

Latest infomation for Daya eUsahawan 2017

Image
sumber: www.facebook.com/eUsahawanMY/ Pesanan dari Penganjur Daya eUsahawan; To all eUsahawan 2017 Participants, Please keep updating and record your sales in eU Portal. Your name will be crossed out and replace if there is no sales record found in eU Portal. Your attendance is only confirm once all of you receive the notification sms with note “PENDAFTARAN ANDA TELAH DIREKODKAN” Anda masih berpeluang untuk dijemput ke Daya eUsahawan 2017. Sila pastikan record sales anda di portal eUsahawan. Langkah-langkahnya: 1) layari - mdec.my/eusahawan 2) Log Masuk. (butang kuning pada belah kanan atas) 3) isikan : no kad pengenalanan anda. 4) kata laluan :  no kad pengenalanan anda. * untuk login pertama kali, pilihan eUsahawan Mikro 5) apabila berada didalam Dashboard Portal pergi ke Tab My Business. 6) masukkan hasil jualan anda. Lengkapkan sebelum 15 October 2017. All the best Kita jumpa disana!

MODAL RM6.35 JUAL RM 300.00 UNTUNG KE TIDAK??

Image
                  *sumber : http://www.mcdonalds.com.my/promotion/article/hello-sanrio-tomica Kegilaan McDonald's Happy Meal kembali lagi! McDonald's sangat suka membuat promosi hebat dengan Happy Meal mereka. Antara jenama hebat mereka bawa adalah Hello Kitty dan Tomica. Di Malaysia terdapat peminat tegar Collectibles untuk Hello Kitty dan juga Tomica. Tengok saja berapa banyak Facebook Group khas untuk Collectibles ini. Secara dasarnya, Happy Meal ini disasarkan kepada budak-budak, akan tetapi sejak beberapa tahun dah, Happy Meal telah menjadi sasaran peminat tegar dewasa, mereka digelar Collectors. Collectors misi mereka adalah mencari Collectibles yang Limited Edition kerana ia sangat berharga disebabkan produksi yang kecil sahaja dihasilkan. Maka disini terdapat 'Demand' kepada barangan Limited Edition ini. Bila 'Demand' ada, harga pon akan melambung tinggi. Tinggi mana? tinggi gilerrrr lihat saja contoh di bawah ini; *sumber : www.eb

BAN DAN BLOCKED SELEPAS GUNA LIVE?

Image
Engagements dan Likes merupakan elemen yang sangat penting bila kita mempunyai Facebook Page. Cara yang paling senang nak dapatkan perhatian warga Facebook adalah dengan menggunakan Facebook Live. Kenapa Facebook Live ramai Admin Page kata bagus?  Setiap kali kita buat Facebook Live, akan keluar notifikasi pada Likers Page tersebut. Jadi bila mereka nampak notifikasi tersebut, secara tidak langsung atau tidak sedar mereka akan tengok Live dari Page tersebut. Inilah yang dapat menarik Engagement  kepada Page dan juga Reach bila penonton Share Live Feed yang sedang berlangsung. Akan tetapi, salah guna fungsi Facebook Live ini semakin hari semakin berleluasa.  Salah guna Facebook Live boleh buat Page tersebut kena Block, Unpublished dan Facebook user tersebut ada kemungkinan besar akan kena Ban terus akaun Facebook. Bila ini berlaku, sebarang Appeal kepada Facebook tidak akan dilayan, kerana ia merupakan kesalahan yang sangat besar.  Bila kena ban, hila

KESIHATAN DIRI

Image
Terdapat 2 jenis kesihatan yang kita kena jaga, 2 je tak banyak. Yang pertama kesihatan fisikal - kesihatan fisikal ni macam biasalah, kesihatan tubuh badan. badan kena jaga agar kita boleh terus membuat kerja. Yang kedua adalah kesihatan mental - kesihatan mental ini lak, adalah sangat penting dari fisikal. sebab bila kita kurang sihat mental, dengan badan yang sihat pon kita tidak berdaya untuk melakukan sebarang kerja. Tetapi disini, kesihatan mental ini biasa jadi bahan ejekan orang ramai. Ia menjadi 'taboo' kalau kita kata kita kurang sihat mental.Tanggapan masyarakat sekarang ni, atau dari dulu lagi, bila sebut sakit mental, apa yang didalam fikiran mereka adalah 'gila'. Depression, anxiety dan semua negative thinking boleh dikategorikan sebagai sakit mental. Untuk mengubati sakit mental ini, kebiasaan mereka perlukan just someone to talk to, itu sahaja dan moral support. Tetapi bila seseorang itu, open up, orang sekeliling mulalah mengeje

Pengalaman Daya eUsahawan 2016

Image
Ramai yang peserta eUsahawan telah berjaya dapat invitation ke Daya eUsahawan 2017, tetapi ramai yang tidak tahu apakah itu Daya eUsahawan? Ok, Daya eUsahawan ini merupakan satu Konvesyen untuk Peserta eUsahawan yang ‘Top Performer’  selepas menghadiri Class eUsahawan. Video dibawah akan menunjukkan Daya eUsahawan 2016 Tahniah kepada student-student eUsahawan 2017 kerana anda telah berjaya dijemput untuk menghadiri Daya eUsahawan 2017! Daya eUsahawan ini adalah satu Program untuk meraikan Peserta eUsahawan! Dah tengok video diataskan? Pengalaman saya menghadiri Daya eUsahawan 2016 adalah sangat berharga buat saya seorang Trainer eUsahawan kerana saya dapat bersembang dan bernetworking dengan ramai Usahawan hebat seperti CEO AVANA En. Luqman Adris, CEO Hipster Pomade En Amir Syakireen Ramli dan ramai lagi Usahawan Selebriti. Bukan sahaja bersembang dan bernetworking malah saya mendengar sendiri pengalaman mereka dan bagaimana mereka menaikkan

TV RADIO & SURAT KHABAR TIDAK LAGI RELEVEN???

Image
Sekarang ini, berapa ramai saja yang sebenarnya masih tengok TV, baca Surat Khabar dan mendengar Radio? Ok lah, memang ada masih yang buat semua perkara di atas, akan tetapi golongan muda sekarang? Golongan remaja sekarang, adakah mereka tengok TV atau tengok cari Youtube atau download secara online? Ada la kot yang masih menonton TV, terutama drama pukul 7.00 pm. Tak perlu golongan remaja, kita sendiri pun pasti ada yang akan menonton drama pukul 7.00 pm. Tapi itu cuma makan masa sejam sahaja. Semasa tengah iklan di TV, ada tak kita belek-belek Facebook kita atau Instagram kita? Mendengar radio ada masih ada jikalau mereka memandu kereta sendiri, jikalau naik LRT lak? Kemungkinan besar mereka akan mendengar radio melalui Apps pada Smartphone mereka. Sambil mendengar siaran radio melalui Apps, rasa-rasa ada tak belek lagi Facebook dan Instagram? Bagaimana pula dengan Surat Khabar? Adakah mereka ke 711 membelinya atau membaca dari Portal online