Pengalaman Daya eUsahawan 2016




Ramai yang peserta eUsahawan telah berjaya dapat invitation ke Daya eUsahawan 2017, tetapi ramai yang tidak tahu apakah itu Daya eUsahawan?


Ok, Daya eUsahawan ini merupakan satu Konvesyen untuk Peserta eUsahawan yang ‘Top Performer’  selepas menghadiri Class eUsahawan.

Video dibawah akan menunjukkan Daya eUsahawan 2016




Tahniah kepada student-student eUsahawan 2017 kerana anda telah berjaya dijemput untuk menghadiri Daya eUsahawan 2017! Daya eUsahawan ini adalah satu Program untuk meraikan Peserta eUsahawan! Dah tengok video diataskan?



Pengalaman saya menghadiri Daya eUsahawan 2016 adalah sangat berharga buat saya seorang Trainer eUsahawan kerana saya dapat bersembang dan bernetworking dengan ramai Usahawan hebat seperti CEO AVANA En. Luqman Adris, CEO Hipster Pomade En Amir Syakireen Ramli dan ramai lagi Usahawan Selebriti. Bukan sahaja bersembang dan bernetworking malah saya mendengar sendiri pengalaman mereka dan bagaimana mereka menaikkan bisnes masing-masing.



Speaker-speaker jemputan semasa Daya eUsahawan 2016 telah banyak memberi saya semangat dan membuka mata saya kepada dunia bisnes yang sebenar. Setiap usahawan akan merasai kejatuhan yang paling teruk sebelum bangkit semula untuk berjaya. Itulah yang Dato Seri Aliff Syukri berkongsi yang membuat saya sebak kerana saya pernah mengalami kejatuhan sebegitu.







Selain perkongsian dari speaker-speaker jemputan, tidak lupa juga pada reunion bersama student-student eUsahawan kesayangan saya, yang alhamdulillah ramai berjaya menghadiri Daya eUsahawan 2016. Seronok saya apabila tengok mereka telah berjaya mengubah nasib mereka untuk menjadi lebih baik. Saya memang sentiasa keep in touch dengan student-student saya. Apabila mereka mempunyai masalah saya sedia membantu. 



Banyak sangat kenangan indah yang saya dapat dari Daya eUsahawan, tetapi saat yang tidak akan saya lupakan semasa Gala Dinner, apabila Peserta Terbaik eUsahawan dimenangi oleh student eUsahawan saya Danial Dani, dimana semasa beliau menghadiri Class eUsahawan, beliau baru saja 5 hari membuat keputusan untuk menjadi usahawan. Team mate saya juga telah memenangi Best Trainer Komuniti eUsahawan.




Itulah pengalaman Daya eUsahawan 2016, sebenarnya banyak sangat yang saya dapat dari Daya eUsahawan tapi dah tak tahu nak tulis macam mana dah, kena datang sendiri dan merasakannya sendiri.


Sedikit tips untuk mereka yang bakal menghadiri Daya eUsahawan 2017:

  1. Bawa BISNES KAD! Bawa sebanyak yang mungkin, buat networking kerana sebagai usahawan networking itu penting.
  2. Pakai baju yang terbaik anda ada. Dress to impress. Gaya itu penting yelah, nak berselfie dengan artis-artis nanti mesti nak gaya sama taraf dengan mereka.
  3. Buat kawan baru, jikalau anda datang ada geng sendiri, cuba buat geng baru juga. Kembangkan networking anda.
  4. Cari Trainer eUsahawan anda ajak mereka bergambar bersama, ini serious sebab bila lagi dapat bertemu mereka kan?
  5. Ambil cuti, anggapkan Daya eUsahawan 2017 ini sebagai satu cuti dimana anda tidak perlu risau tentang bisnes anda. Uruskan segalanya sebelum ke Daya eUsahawan.



Setakat disini saja perkongsian saya, jikalau terserempak dengan saya di Daya eUsahawan jangan lupa berselfie ya.


Jumpa di … Daya eUsahawan 2017

Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018