Posts

Showing posts from June, 2018

4 Elemen yang dapat mengelakkan daripada bisnes anda terkubur

Image
Setiap jenis bisnes akan merasa tahap kejatuhan, sales rendah dah juga saingan hebat yang tidak diduga sebelum nak memulakan bisnes. Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan atau pun dikurangkan impaknya terhadap bisnes kita. 4 elemen analisa yg wajib kita lakukan sebelum dan semasa menjalankan bisnes adalah S.W.O.T. Apakah itu Analisa SWOT? Analisa SWOT melibatkan proses mengkaji 4 elemen berikut yang boleh dijadikan asas untuk mengenal pasti potensi suatu bisnes; 1. Strength (Kekuatan) - Faktor dalaman bisnes ·          Apakah langkah yang dapat dilakukan dengan efektif? Langkah disini bermaksud langkah-langkah dari segi pengurusan perniagaan, pemasaran dan logistik perniagaan. Bagaimanakah pengurusan stok kita? Cukup stok untuk permintaan? Adakah pemasaran kita kena dengan Customer Avatar kita? Bagaimana pula dengan penghantaran produk kita ke pelanggan? Adakah ia cukup efisen? Inilah antara persoalan yang kita kena ada jawapannya. ·           Apakah