4 Elemen yang dapat mengelakkan daripada bisnes anda terkubur


Setiap jenis bisnes akan merasa tahap kejatuhan, sales rendah dah juga saingan hebat yang tidak diduga sebelum nak memulakan bisnes. Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan atau pun dikurangkan impaknya terhadap bisnes kita.

4 elemen analisa yg wajib kita lakukan sebelum dan semasa menjalankan bisnes adalah S.W.O.T. Apakah itu Analisa SWOT? Analisa SWOT melibatkan proses mengkaji 4 elemen berikut yang boleh dijadikan asas untuk mengenal pasti potensi suatu bisnes;


1. Strength (Kekuatan) - Faktor dalaman bisnes

·         Apakah langkah yang dapat dilakukan dengan efektif?

Langkah disini bermaksud langkah-langkah dari segi pengurusan perniagaan, pemasaran dan logistik perniagaan. Bagaimanakah pengurusan stok kita? Cukup stok untuk permintaan? Adakah pemasaran kita kena dengan Customer Avatar kita? Bagaimana pula dengan penghantaran produk kita ke pelanggan? Adakah ia cukup efisen? Inilah antara persoalan yang kita kena ada jawapannya.


·         Apakah yang membezakan anda dengan pesaing?

Pastikan anda mempunyai USP yang lebih kuat daripada pesaing anda. USP adalah penting kerana ini yang membezakan kita dengan pesaing. Berbeza tidak tertakluk kepada produk sahaja, malah strategi pemasaran juga boleh menjadi satu USP.


·         ·Apakah sumber dan modal yang sedia ada untuk bisnes?
   
Dimanakah sumber produk atau perniagaan kita? Bolehkah sumber ini bertahan lama atau ada lagi sumber yang boleh berikan harga yang lagi murah agar kita mendapat margin yang lebih tinggi.

        
2. Weakness (Kelemahan) - Faktor dalaman bisnes


·         Apakah faktor yang mampu ditambah baik untuk bisnes?       

Jika ada  kelemahan didalam perniagaan, cari faktor yang kita mampu tambah baik agar bisnes kita boleh berjalan lancar. Kebiasaannya masalah usahawan adalah dibahagian pengurusan kewangan dan strategi pemasaran.


·         Apakah kelemahan yang sangat ketara berbanding pesaing?

Kaji balik prestasi bisnes kita dengan pesaing, tengok balik kelemahan kita berbanding pesaing dan baiki kelemahan tersebut.


·         Apakah kekurangan dari segi sumber atau modal?

Kekurangan dari segi sumber (pembekal) boleh kita terus mencari pembekal yang menawarkan harga yang sedikit rendah dan ready stock. Jika kekurangan dari segi modal kaji semula aliran keluar masuk kewangan syarikat, pastikan ada rekod kemasukkan yang bagus jikalau ingin membuat soft loan dari pihak bank atau mencari pelabur untuk bisnes.
        

3. Opportunity (Peluang) - Faktor luaran bisnes


·         Apakah potensi bisnes anda pada masa hadapan?
  
Kaji potensi bisnes anda untuk jangkamasa yang Panjang sebagai contoh, bolehkah bisnes dapat bertahan untuk 3 atau 5 tahun lagi? Dan apakah langkahnya untuk membuat sedemikian


·         Adakah persepsi positif terhadap bisnes anda?
   
Persepsi positif ini kebiasaannya berkait rapat dengan branding yang kita lakukan dalam pemasaran bisnes kita. Sebagai contoh, Strategi Viral sekarang menjadi buruan banyak usahawan, akan tetapi adakah ia persepsi positif? Dan kenapa persepsi positif itu penting kerana kita inginkan bisnes kita bertahan lama.


·         Adakah berlaku sebarang perubahan pasaran yang mempengaruhi bisnes anda?

Sentiasa kaji trend pasaran semasa agar kita dapat mengenal pasti perubahan yang mungkin mempengaruhi bisnes kita.

        
4. Threats (Ancaman) - Faktor luaran bisnes

 ·         Siapakah pesaing kepada bisnes anda?
     
Kenal pasti siapa pesaing kita, itu perkara yang paling penting sekali agar kita dapat sentiasa memperbaiki bisnes dan sentiasa berwaspada dengan saingan mereka.


·         Ada pengurangan jualan pada bisnes anda?
       
Jika berlaku kekurangan pada penjualan, kaji balik faktor yang mungkin penyumbangkan kepada ini dan cuba cari strategi bagaimana ini menaikkan penjualan balik


·         Apakah faktor berisiko yang akan memberi kesan kepada bisnes anda?
  
Faktor berisiko disini kebiasaan lebih kepada perkara semasa yang sedang berlaku didalam pasaran, sebagai contoh; isu-isu keselamatan bagi produk kosmetik, jika ia berlaku, cepat-cepatlah kita selesaikannya dan jika perlu kuatkan balik branding kita semua untuk mendapatkan kepercayaan daripada pasaran.


Apabila kesemua persoalan 4 elemen dikenal pasti, kita dapat menilai potensi bisnes jika ia boleh dikembangkan atau sebaliknya disebabkan faktor-faktor yang timbul. Kita kena ingat bahawa apabila kita mula berniaga, akan datang pelbagai halangan luaran dan dalam bisnes kita. Kenal pasti setiap satu yang datang dan selesaikannya dengan kadar segara.


Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018