Posts

Showing posts from July, 2019

Affliate Marketing

Image
Apa itu affiliate marketing? Pernah dengar Affliate Marketing tetapi tidak tahu macam mana ia berfungsi? Anda bukan seorang sahaja yang tidak tahu, ramai yang tidak tahu lagi tentang affiliate marketing ini walaupun ia telah lama wujud dan ramai yang telah membuat duit dengan affiliate marketing ini. Secara amnya, affiliate marketing ini adalah kita tolong promosikan produk orang lain dan kita akan dibayar komisen sekiranya ada jualan terhasil daru promosi yang kita lakukan. Tetapi ada juga program affiliate lain yang kita tidak perlu menghasilkan jual tetapi diberi komisyen juga. Bagaimana affiliate marketing berfungsi? Affliate marketing dalam kata mudah, “menjual barang orang lain”. Konsepnya sama seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi barang fizikal, software, membership, dan juga hotel