Affliate Marketing




Apa itu affiliate marketing?

Pernah dengar Affliate Marketing tetapi tidak tahu macam mana ia berfungsi? Anda bukan seorang sahaja yang tidak tahu, ramai yang tidak tahu lagi tentang affiliate marketing ini walaupun ia telah lama wujud dan ramai yang telah membuat duit dengan affiliate marketing ini.
Secara amnya, affiliate marketing ini adalah kita tolong promosikan produk orang lain dan kita akan dibayar komisen sekiranya ada jualan terhasil daru promosi yang kita lakukan. Tetapi ada juga program affiliate lain yang kita tidak perlu menghasilkan jual tetapi diberi komisyen juga.


Bagaimana affiliate marketing berfungsi?

Affliate marketing dalam kata mudah, “menjual barang orang lain”. Konsepnya sama seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi barang fizikal, software, membership, dan juga hotel booking.
Sebagai contohnya, laman web ‘amazon.com’ yang menjual segala jenis produk, dan amazon membenarkan anda untuk mempromosikan produk mereka di website atau Facebook anda sendiri. Sekiranya produk itu dijual, anda akan dapat komisyen. Bergantung kepada laman web tersebut, anda boleh meperolehi komisyen sehinnga mencecah 20%. Melalui link yang anda berikan, pengunjung tetap akan dibawa ke laman web amazon.com dan membeli barang disana. 
Uniknya disini adalah link yang anda sediakan terdapat nama akaun anda dan dari situlah amazon.com akan tahu siapa yang mempromosikan produk tersebut. Erti kata lain, jika rakan anda mahu membeli jam tangan contohnya di amazon.com, anda hanya suruh dia pergi ke laman web tersebut melalui link yang anda cipta dari amazon.com dan anda akan dapat komisyen. Perlu difahami bahawa satu produk satu link, maksudnya, setiap produk menghasilkan lain link.


Apa yang anda perlukan untuk Affliate Marketing?

Laman web
Laman web anda juga memainkan peranan dalam proses pembelian. Contohnya anda membuat review tentang sebuah jam tangan, review yang di hasilkan perlulah tidak terlalu panjang dan mudah difahami. Untuk menjadikan lebih menarik, video juga boleh diletakkan. Tema juga penting dan mestilah sesuai dengan produk. Bergantung kepada kretiviti masing-masing untuk menarik minat pengunjung.


Laman sosial
Laman sosial juga memainkan peranan yang sangat besar sekarang ini, anda boleh kongsikan review atau rekomen produk-produk tersebut terus kepada rakan-rakan dan kenalan anda di laman social. Kenapa lama sosial? Sebab disanalah anda senang nak mempengaruhi kenalan dan rakan-rakan, sebab apabila sesuatu produk itu menjadi topik perbualan, ia akan jadi sangat mudah untuk mendapatkan jualan. Menghasilkan video dan promosikannya melalui youtube, dan yang paling penting adalah kerap membaca blog orang lain dan selalu meniggalkan komen supaya pengunjung familiar dengan anda. Terdapat pelbagai cara lain lagi untuk mempromosikan laman web anda sama ada yang berbayar atau percuma.

Dengan strategi cara yang betul, laman web dan laman sosial anda akan sendirinya dipenuhi dengan pengunjung secara automatik. Lebih banyak pengunjung, lebih banyak pembelian akan dibuat.


3 Jenis Affliate Marketing

Untuk pengetahuan anda, affiliate marketing ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis:

1)      Program affiliate pay per sale

Ini adalah program affiliate yang paling diminati dan menghasilkan pendapatan paling lumayan untuk pengemar-pengemar program affiliate. Affiliate pay per sale (PPL), maksudnya kita hanya akan dibayar jika berlaku proses pembelian hasil dari promosi yang kita lakukan. Dan jumlah komisen untuk ejen affiliate selalunya antara 10-50% dari harga sebenar produk. Contoh jika harga produk berharga RM120 dan komisen untuk setiap jualan ialah 50%, keuntungan anda RM60.


2)      Program affiliate pay per lead

Ini pula program affiliate paling mudah untuk kita menghasilkan pendapatan. Jika anda berminat untuk menghasilkan pendapatan secara online dan masih baru, program affiliate pay per lead amat sesuai untuk anda. Tugas kita hanya perlu mengajak seberapa ramai orang yang berminat untuk mendapatkan produk percuma dengan mengisi borang yang mengandungi nama dan email mereka melalui link affiliate kita tanpa keluar sesen pun. Selalunya jumlah komisen untuk satu pendaftaran email, kita akan di bayar RM0.50 – RM3.00.


3)      Program affiliate pay per click

Program affiliate pay per click pula adalah program affiliate yang paling senang antara ketiga-tiga program affiliate yang saya sebutkan di atas tadi. Tetapi antara program affiliate yang memberikan komisen paling murah sekali. Anda akan dibayar setiap kali, ada orang klik pada link affiliate yang anda promosikan. Jumlah bayaran bergantung kepada jumlah klik yang terhasil. Selalunya 1000 klik kita akan di bayar RM1.00.


Kebaikan Affiliate Marketing

Antara kebaikan affiliate marketing adalah:

       Percuma
       Pengunjung dari seluruh dunia
       Segala jenis produk anda boleh ketengahkan
       Bekerja hanya di rumah
       Bekerja ikut masa anda
       Tidak perlu pengalaman



Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018