3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE



Hipster Pomade, siapa tidak kenal dengan nama Hipster Pomade yang sinonim dengan trend gaya rambut classic masa kini. Sebut saja Hipster Pomade semua orang kenal, dari budak-budak sehingga ke dewasa. Produk pilihan No. 1 rakyat Malaysia dengan Fattah Amin sebagai Duta produk. Ditubuhkan pada tahun 2015, Hipster Pomade telah mendapat banyak anugerah untuk produk terbaik dan juga CEO Hipster Pomade, Encik Amir Syakireen Ramli sebagai Ikon Usahawan.



Alhamdulillah saya dapat bersembang bersama beliau pada Konvensyen Daya eUsahawan 2016, dan saya meminta beliau berkongsikan rahsia kejayaan Hipster Pomade. 
\
Perkongsian Kejayaan Hipster Pomade:

1) Konsisten dalam menguruskan perniagaan. Tetapkan waktu kita bekerja untuk bisnes kita. Hipster Pomade pada asalnya hanya bisnes part-time, tetapi disebabkan pengurusan bisnes yang konsisten ia telah menjadi bisnes full-time.

Konsisten dalam pengurusan bisnes disini ialah, kita sentiasa membuat Marketing! Marketing melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram telah banyak membantu beliau. 

Semasa membuat marketing, kita perlu tahu branding produk yang kita ingin bawakan. Hipster Pomade membawa branding diri 'awesome' dan 'cool', maka setiap posting seharusnya mempunyai elemen 'awesome' dan 'cool'. Kita kena letakkan jiwa atau 'soul' pada produk kita, kerana ia yang akan membuat prospek tertarik kepada produk kita.

Dengan Fattah Amin sebagai Duta Hipster Pomade, lelaki mana yang tak nak jadi awesome dan cool seperti Fattah Amin betul tak?

2) Passion atau semangat mesti ada dalam membuat bisnes. Dengan passion, kita akan tidak senang patah semangat bila bisnes kita sales tengah slow. Passion ini yang akan mendorong kita untuk mempercayai kepada bisnes kita yang ia mampu untuk pergi jauh.

3) Keseimbangan dalam menguruskan bisnes.Kkeseimbangan disini merujuk kepada 3 elemen penting iaitu; Distribution, Production, Marketing. 3 elemen ini saing berkait antara satu sama lain.

Distribution itu penting sebab kita kena tahu keupayaan kita untuk mengedar Produk kita bila demand kita tinggi. Demand tinggi pula bergantung kepada Marketing kita, jikalau Marketing kita agresif, maka meningkatlah demandnya, jikalau Marketing biasa-biasa, demand pun akan rendah.

Bila Marketing agresif, demand pun tinggi, Production kita pun kena cekap mengeluarkan produk untuk memenuhi permintaan pasaran. Bayangkan jika salah satu elemen tersebut kita memberi fokus yang lebih daripada yang lain, mesti bercelarukan nanti?

Saya rasa sangat bersyukur kerana mendapat banyak ilmu daripada perkongsian CEO Hipster Pomade En. Amir Syakireen Ramli yang datang dari mulut beliau sendiri. 

Sekian sahaja dari saya Coach Zodie, semoga sharing saya dapat sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua.






Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

Page Role Paling Penting untuk 2018