3 Punca Reach rendah Facebook Ads


Membuat duit dari internet kebiasaannya akan menggunakan Facebook Page dan Facebook Ads untuk mendapatkan awareness kepada brand / produk.

Tetapi ramai yang buat Facebbok Ads kebiasaan tidak mendapat hasil yang diinginkan. Rata-rata yang selalu buat ads di Facebook selalu bertanya - Facebook Ads sekarang dah susah nak dapatkan reach, betul ke?

Ada yang perhatikan reach mereka sekarang lebih rendah berbanding dahulu, tapi ada juga yang masih dapat reach tinggi. Jadi, apa beza ads mereka ni? Senang je, mereka dah tau trick untuk dapatkan reach tinggi untuk ads mereka.

Jadi hari ni, kita akan lihat apa tiga perkara rukun untuk menghasilkan iklan yang menarik dan seterusnya dapatkan reach yang tinggi;



1. Targeting ads yang kurang spesifik

Targeting ini merujuk kepada prospek kita - adakah kita dah tau siapa yang kita target sebagai audiens kita? Kenal yang dimaksudkan di sini adalah; umur, jantina, minat, lokasi, dan gaya hidup mereka. Kenali mereka supaya kita dapat menyampaikan mesej dan branding tentang produk kita dengan tepat.

Berikut adalah 4 Elemen untuk kita kenal pasti audiens:

I. Demografi - Umur dan jantina audien kita harus diketahui lebih dahulu agar kita dapat menyampaikan mesej yang tepat. Bahasa kita kepada lelaki dan perempuan pun lain dan juga berbeza untuk peringkat umur. Kita kena ingat, minat lelaki dan perempuan tidak sama, betul tak? Katakanlah mereka minat kereta, lelaki punya taste kereta sangat berbeza dengan perempuan betul tak? Lelaki lebih minat kereta JDM seperti Toyota atau Subaru, manakala perempuan pulak suka kereta yang compact seperti Mini Cooper.

II. Geografi - Lokasi dimana audiens kita berada, kita tidak boleh nak main buat iklan satu Malaysia. Malaysia ada banyak negeri dan setiap negeri ada loghat masing-masing. Bayangkan kita duduk KL, buat copywriting ala-ala warga KL, tetapi iklan kita sampai ke Kelantan. Agak-agak mereka suka tak iklan tersebut?

III. Sosio-ekonomi - Taraf kehidupan audiens kita juga harus diambil kira. Sebagai contoh, perasan tak iklan D’Herbs? Sasaran audiens untuk mereka yang berpendapatan rendah dan gaya bahasa macam komedi komedi sikit betul tak? Jikalau iklan Rolex buat gaya seperti itu agak agak ada orang nak beli tak?

IV. Psikografi - Sikap dan gaya hidup audiens kita. Kena tahu, orang yang beli Duck Scarves tu gaya hidup mereka macam mana? Lebih kepada travel kan? Jadi di sini bila bercerita tentang traveling, mereka lebih cenderung untuk ingat jenama tersebut. Sama juga contoh untuk KFC, KFC melebih menarik minat audiens ibubapa kerana menggunakan konsep ‘makan bersama keluarga’.



2. Objektif kempen yang dijalankan

Objektif disini merujuk kepada apakah tujuan iklan yang dihasilkan. Ramai yang ingat bahawa iklan adalah untuk sales semata-mata. Hakikatnya, iklan ada banyak objektif - seperti teaser, awareness, branding, sales dan lain-lain. Jika kita buat iklan untuk awareness, maka kita hanya akan dapat views atau reach dari prospek.

I. Awareness - adalah satu objektif iklan dimana kita hendak ramai orang tengok iklan kita semata-mata, tanpa ada engagement langsung. Kalau dapat, Alhamdulillah. Objektif awareness ini selalunya digunakan untuk branding bisnes kita.

II. Post Engagement - adalah satu objektif iklan di mana kita nak ramai audiens komen, share dan like post tersebut, kebiasaannya objektif ini tidak mengharapkan sales juga.

III. Traffic - adalah satu objektif iklan untuk kita tarik audiens kita ke Webstore kita untuk mereka membuat pembelian. 



3. Konsep kreatif yang digunakan

Kreatif di sini adalah visual dan konsep yang digunakan untuk iklan kita, sama ada kita nak menggunakan gambar atau video, konsepnya mesti kena dengan Objektif dan Targeting kita. Jikalau targeting kita remaja, maka gunakan ayat copywriting dan model yang sesuai untuk remaja. Sebab jikalau kita guna model ‘makcik’, remaja atau golongan muda tidak akan minat dgn produk tersebut kerana ia menyampaikan mesej branding untuk golongan ‘makcik’.


Kesimpulannya - Targeting, Objektif dan Kreatif adalah sangat penting apabila ingin membuat sesuatu iklan. Kesemuanya berkait balik dengan branding bisnes kita, pastikan branding kita sejajar dengan misi dan visi bisnes anda. 



Dapatkan Preview E-Book Facebook Marketing Guide dibawah:





Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018