Pengisian Workshop Terakhir 2017 bersama Facebook Malaysia Bahagian 2


Instagram sejak kebelakang ini semakin popular dikalangan remaja dan belia. Kenapa ramai yang minat dengan Instagram agaknya? Mungkinkah ia sebuah platform social media yang simple untuk memberi inspirasi visual? Mugkinkah sebab Instagram ni tak perlu nak sembang-sembang banyak dan berkongsikan gambar je.



Jikalau dulu platform Instagram bila nak berniaga adalah dengan cara swap reviews, tetapi sekarang, kita boleh buat Instagram Ads bagi mendapatkan audience reach yang lebih ramai. Ditambahkan pula dengan limit video di Instagram dinaikkan sehingga 1 minit, dan ditambah pula dengan Insta-Story yang lagi menyenangkan visibility perkongsian kita dengan followers.

Pengguna Instagram bertambah sejak pembaharuan yang dibuat, dan berikut adalah perkembangan komuniti Instagram:
  • 800 Juta aktiviti upload gambar dan viedo setiap hari
  • 400 Juta log in setiap hari
  • 80% reach luar USA
  • 1 Juta pengguna aktif
  • 250 Juta Insta-story setiap hari
  • 15 Juta posting dari profil bisnes 

Berbeza dari Facebook yang lebih kepada infomasi, Instagram adalah lebih kepada nilai gaya hidup harian, dimana pengguna Instagram berkongsikan gambar-gambar hobi mereka. Anda hobi yang kita sering tengok di Instagram adalah perkongsian percutian, apa yang dimakan pada waktu breakfast, lunch dan dinner, pembelian baharu, OOTD dan sebagainya. 

Apa yang membuat kita 'like' pada sesuatu posting adalah lebih kepada gambar yang diposting, betul tak? Apabila kita habis scroll gambar-gambar dari following kita, kita akan tergerak untuk scroll tab explore betul tak? 

So begitulah cara kita menggunakan Instagram, lebih kepada nilai gaya hidup, atau sharing lifestyle, sebab tu dalam Instagram kita banyak follow artist-artist kan?


Jadi disini apa yang kita hadap sangat dekat Instagram ni? 

  • 54% nantikan update daripada team team sukan mereka, macam saya tunggu update dari Liverpool FC
  • 59% terpengaruh dari Instagram apabila ingin membeli kereta. Mana taknya, angle semua lawa lawa
  • 55% dapat inspirasi trend fesyen terkini, sebab tu jualan pakaian di Instagram sangat laris
  • 62% pula akan tengok tempat tempat bakal mereka bercuti, yelah untuk ambil feel sebelum pergi bercuti

Sekian saja sharing saya pasal Instagram, nantikan lagi posting-posting tentang Instagram dan strategi pemasaran menggunakan Insta-Story.

Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018