Kehadapan Bajet 2018 dan eUsahawan

sumber: http://www.umno-online.my

Pada Bajet 2017, kita dapat menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kita telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 100 Juta untuk Inisiatif e-Usahawan dan e-Rezeki. 

sumber: eusahawan.mdec.my

Menerusi Inisiatif eUsahawan sebanyak 85,714 usahawan yang telah dilatih untuk memperkasakan ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang Online Marketing.

34,235 orang jumlah usahawan muda dimana mereka adalah pelajar pengajian tinggi dan 51,479 usahawan mikro. Inisiatif eUsahawan telah banyak membantu usahawan untuk mendapatkan ilmu online marketing secara percuma!

Saya sendiri seorang eUsahawan Master Trainer telah banyak mengubah nasib usahawan setelah menghadiran Program eUsahawan. Sejak 2016 saya telah melatih dan alhamdulillah, di antara mereka merupakan Top 50 Performing eUsahawan yang akan naik sepentas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Daya eUsahawan 2017 yang akan berlangsung di PWTC pada 30 & 31 October.

Harapan saya untuk Bajet 2018, akan ada lagi peruntukan untuk Inisiatif e-Usahawan dan e-Rezeki kerana ia sangat dapat membantu rakyat Malaysia mengharungi dunia digital sekarang ini sejajar dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).


Untuk mereka yang tidak tahu apakah itu e-Usahawan boleh tonton video dibawah:

sumber: youtube.com








Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018