TV RADIO & SURAT KHABAR TIDAK LAGI RELEVEN???




Sekarang ini, berapa ramai saja yang sebenarnya masih tengok TV, baca Surat Khabar dan mendengar Radio? Ok lah, memang ada masih yang buat semua perkara di atas, akan tetapi golongan muda sekarang?

Golongan remaja sekarang, adakah mereka tengok TV atau tengok cari Youtube atau download secara online? Ada la kot yang masih menonton TV, terutama drama pukul 7.00 pm. Tak perlu golongan remaja, kita sendiri pun pasti ada yang akan menonton drama pukul 7.00 pm. Tapi itu cuma makan masa sejam sahaja. Semasa tengah iklan di TV, ada tak kita belek-belek Facebook kita atau Instagram kita?



Mendengar radio ada masih ada jikalau mereka memandu kereta sendiri, jikalau naik LRT lak? Kemungkinan besar mereka akan mendengar radio melalui Apps pada Smartphone mereka. Sambil mendengar siaran radio melalui Apps, rasa-rasa ada tak belek lagi Facebook dan Instagram?



Bagaimana pula dengan Surat Khabar? Adakah mereka ke 711 membelinya atau membaca dari Portal online sahaja? Kita sendiri, adakah kita membeli Surat Khabar setiap hari? Atau membaca berita dari hasil rakan-rakan Facebook share pada wall masing-masing?




Aktiviti seharian kita sekarang kalua tak pegang smartphone memang tak sah la kan? Ok la, kita tak pegang smartphone kita semasa tidur, mandi, makan dan solat sahaja betul tak?


Mengikut Kajian Facebook 2016, di Malaysia, sebanyak 19 Juta orang log in Facebook setiap bulan menggunakan smartphone. 13 Juta log in setiap hari dan sekurang-kurangnya menghabiskan sebanyak 140 minit sehari di Facebook dan Instagram. Agak-agak berapa kerap kita log in Facebook atau Instagram dalam sebulan? Ada yang tak pernah log out terus betul? Berapa minit pula kita menghabiskan masa baca posting rakan-rakan di Facebook atau Like gambar-gambar di Instagram? 


Facebook dan Instagram sekarang telah menjadi satu keperluan kepada golongan remaja dan juga dewasa. Tetapi yang lagi penting adalah golongan remaja ini, kerana dalam masa 5 hingga 10 tahun nanti mereka juga akan bergelar dewasa dan mereka merupakan 'purchasing power'. Selain tempat untuk bersosial, Facebook dan Instagram telah menjadi sumber iklan dan trend setter untuk golongan remaja sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018