BAN DAN BLOCKED SELEPAS GUNA LIVE?



Engagements dan Likes merupakan elemen yang sangat penting bila kita mempunyai Facebook Page. Cara yang paling senang nak dapatkan perhatian warga Facebook adalah dengan menggunakan Facebook Live.

Kenapa Facebook Live ramai Admin Page kata bagus? 



Setiap kali kita buat Facebook Live, akan keluar notifikasi pada Likers Page tersebut. Jadi bila mereka nampak notifikasi tersebut, secara tidak langsung atau tidak sedar mereka akan tengok Live dari Page tersebut.

Inilah yang dapat menarik Engagement kepada Page dan juga Reach bila penonton Share Live Feed yang sedang berlangsung. Akan tetapi, salah guna fungsi Facebook Live ini semakin hari semakin berleluasa. 


Salah guna Facebook Live boleh buat Page tersebut kena Block, Unpublished dan Facebook user tersebut ada kemungkinan besar akan kena Ban terus akaun Facebook. Bila ini berlaku, sebarang Appeal kepada Facebook tidak akan dilayan, kerana ia merupakan kesalahan yang sangat besar. 

Bila kena ban, hilanglah segala database kita didalam Facebook Page yang kita telah usahakan sekian lama. 

Jadi disini apakah salah guna Facebook Live yang dimaksudkan itu?

*contoh Facebook Live menyiar filem


Membuat siaran Facebook Live dengan menggunakan Filem. Memang Engagement akan menjadi sangat tinggi dan juga Share tetapi berjaga-jaga Page dan akaun Facebook anda sentiasa akan di monitor oleh sistem. 

Kena ban dari Facebook ok lagi, jikalau kena saman dengan Copywrite Owner Filem atau Distributor rasa-rasa ada duit tak nak membayar saman tersebut?


Baru-baru ini ada satu kes dimana pengguna Facebook telah membuat Facebook Live didalam pawagam. Mereka mungkin akan diambil tindakan. Ekoran dari insiden tersebut, ada kemungkinan Undang-undang yang lebih berat atau lagi ketat untuk pesalah laku ini.

Boleh baca lanjut insiden GSC disini:

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/09/from-cinema-to-facebook-live-clever-yet-stupid/




Kata akhir dari saya, memang sekarang Engagement dan Reach adalah sangat penting, akan tetapi janganlah menggunakan cara-cara yang akan menjejaskan Page anda, kerana jikalau kita kehilangan Page, ia juga bermaksud kita akan kehilangan satu medium perniagaan online. Di mana medium yang efektif untuk mendapatkan Brand Awareness kepada bisnes kita adalah melalui Facebook.

Tiada shortcut untuk kejayaan ingat tu.

Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018