MODAL RM6.35 JUAL RM 300.00 UNTUNG KE TIDAK??

                  *sumber : http://www.mcdonalds.com.my/promotion/article/hello-sanrio-tomica


Kegilaan McDonald's Happy Meal kembali lagi! McDonald's sangat suka membuat promosi hebat dengan Happy Meal mereka. Antara jenama hebat mereka bawa adalah Hello Kitty dan Tomica.

Di Malaysia terdapat peminat tegar Collectibles untuk Hello Kitty dan juga Tomica. Tengok saja berapa banyak Facebook Group khas untuk Collectibles ini. Secara dasarnya, Happy Meal ini disasarkan kepada budak-budak, akan tetapi sejak beberapa tahun dah, Happy Meal telah menjadi sasaran peminat tegar dewasa, mereka digelar Collectors.

Collectors misi mereka adalah mencari Collectibles yang Limited Edition kerana ia sangat berharga disebabkan produksi yang kecil sahaja dihasilkan. Maka disini terdapat 'Demand' kepada barangan Limited Edition ini.

Bila 'Demand' ada, harga pon akan melambung tinggi. Tinggi mana? tinggi gilerrrr lihat saja contoh di bawah ini;


*sumber : www.ebay.com

*sumber : www.ebay.com

Golongan opportunist yang nampak 'Demand' Collectors ini dipanggil Scalpers. Scalpers ini mereka bukan Collectors pon, acah-acah Collectors je, cuma nampak keuntungan wang Ringgit yang dapat dihasilkan dalam masa terdekat. Mereka akan nafikan jika digelar Scalpers sebab pada mereka ini juga 'Collectors'. 

Tidak salah pon jikalau nak beli banyak, belilah extra 2 atau 3 ke nak bagi pada anak-anak atau simpan untuk koleksi peribadi. Janganlah pergi borong McDonald's terus bawa troli beli kesemuanya dengan slogan untuk 'Charity'. 

Ada banyak lagi cara untuk kita beramal dari memborong permainan Happy Meal untuk mendapatkan keuntungan beratus kali ganda.

Kepada Collectors di luar sana, 12 hb October akan keluar Toyota 86, baik cepat sebelum Scalpers borong.







Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018