KESIHATAN DIRI


Terdapat 2 jenis kesihatan yang kita kena jaga, 2 je tak banyak.

Yang pertama kesihatan fisikal - kesihatan fisikal ni macam biasalah, kesihatan tubuh badan. badan kena jaga agar kita boleh terus membuat kerja.

Yang kedua adalah kesihatan mental - kesihatan mental ini lak, adalah sangat penting dari fisikal. sebab bila kita kurang sihat mental, dengan badan yang sihat pon kita tidak berdaya untuk melakukan sebarang kerja.

Tetapi disini, kesihatan mental ini biasa jadi bahan ejekan orang ramai. Ia menjadi 'taboo' kalau kita kata kita kurang sihat mental.Tanggapan masyarakat sekarang ni, atau dari dulu lagi, bila sebut sakit mental, apa yang didalam fikiran mereka adalah 'gila'.

Depression, anxiety dan semua negative thinking boleh dikategorikan sebagai sakit mental. Untuk mengubati sakit mental ini, kebiasaan mereka perlukan just someone to talk to, itu sahaja dan moral support.

Tetapi bila seseorang itu, open up, orang sekeliling mulalah mengejek cakap itu ini, sampai membuatkan dia takut utk memberitahu sesiapa sebab takut dapat ejekkan lagi.

Maka perasaan negatif itu sentiasa didalam minda kita, terserap kedalam hati. Melemahkan semangat kita, dan seterusnya melemahkan badan daripada dapat membuat kerja dengan baik dan hilangnya perasaan gembira.

Semua orang mempunyai masalah, dan masalah sakit mental ini sebenarnya tidak perlu pon untuk ke pergi jumpa dengan Psychologist (jikalau mampu lain cerita).



Kepada mereka yang mempunyai masalah ini, carilah seorang yang anda sangat percaya untuk open up kepada mereka. Ada je dikalangan rakan-rakan yang sedia mendengar masalah anda dan memberi sedikit feedback untuk bagaimana menguruskan diri anda balik. Sebab bila kita depress, kita akan mula bertindak dengan emosi semata tanpa memikirkan akibat yang mungkin akan berlaku.

Ingat, setiap musibat itu hanyalah satu ujian untuk kita hadapi dan atasi agar kita menjadi lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018