e-Usahawan dan Bajet 2018

sumber: www.bharian.com.my

Alhamdulillah setelah selesai Pembentangan Bajet 2018, Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri telah memperuntukan RM 100 Juta untuk Program e-Usahawan, e-Rezeki dan e-Ladang.


Saya sangat bersyukur kerana Program e-Usahawan diteruskan kerana ianya sangat diperlukan oleh usahawan zaman sekarang ini. Setiap bulan akan ada mereka yang berjinak-jinak untuk berniaga secara online, tetapi mencari ilmu Digital Marketing ni kalau di pasaran, harganya mencecah ribuan ringgit. Program e-Usahawan pula adalah PERCUMA! Bagaimana nak daftar untuk Program e-Usahawan? klik disini


Berita baik untuk Start-ups juga! Anda boleh mencari Angel Investor untuk terus memperluaskan dan memperkembangan perniagaan anda. Sebab itulah masalah Start-ups, tiada modal untuk pengiklanan perniagaan mereka di Facebook untuk mendapatkan Brand Awareness dari target market.

Facebook semakin hari semakin ramai yang menggunakan untuk berniaga, yang penting sekali adalah ilmu untuk berniaga secara online. Insy'Allah saya akan terus berkhidmat membimbing usahawan dengan ilmu Digital Marketing agar mereka tidak ketinggalan daripada zaman e-commerce sekarang ini. 

E-commerce telah lama (10 tahun) bertapak di luar negara, tetapi disini masih belum ada Awareness dikalangan usahawan online. Ingin tahu tentang E-commerce boleh terus follow saya dan Facebook Page saya @coachzodie. Saya akan membuat sharing sekerap yang mungkin.

salam Bajet 2018. 











Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018