Pengisian Workshop Terakhir 2017 bersama Facebook Malaysia


Perkara yang paling penting untuk usahawan adalah pada membuat sales. Tetapi sebagai usahawan kita perlu tahun bulan berapa yang ramai orang akan membeli. Betul tak? Disini saya akan share sales yang berlaku daripada urusniaga secara Online di dalam Facebook itu sendiri, untuk berniaga online secara optimum usahawan wajib ada Webstore untuk menguruskan perniagaan secara automatic seperti apa yang ditawarkan AVANA. 



Kenapa berniaga secara online atau eCommerce? Pada tahun 2016, Market size eCommerce didalam Malaysia adalah RM 2.41 Billion, bukan juta tetapi billion dah. Market sangat luas sebenarnya, kita Cuma kena tahu bagaimana hendak dapatkan prospek dan kemudian sales sahaja.

eCommerce berkembang secara pesat dan positif dengan kenaikan 47% dari tahun 2015. Maka, perniagaan selepas ini sudah wajib ada Webstore. Webstore dapat memudahkan urusniaga secara Online. Orang sekarang memang smartphone itu sentiasa ditangan betul tak? Dan setiap urusan  jual beli sekarang adalah melalui smartphone.

Jadi bilakah waktu yang paling ramai orang membeli secara Online?



Seperti negara lain, waktu kemuncak untuk membuat sales di Malaysia adalah pada hujung tahun, mengikut trend tahun 2016.

Bulan berapa? Bulan November dan December. Tarikh yang lagi spesifik? 11 November dan 12-13 December. Kenapa 11 November? Sebab tarikh itu merupakan Hari Single Sedunia, dan bagaimana kita nak raikan ke’single’an ? dengan bershopping lah, graf tidak berbohong; dan 12-13 December pula sebab Sambutan Xmas lagi beberapa hari sahaja lagi.


Sekarang kita sudah tahu tarikh tarikh yang mempunyai sales tertinggi sepanjang tahun, apakah langkah seterusnya untuk mendapatkan sales tersebut?




Marketing. Marketing disini bukan kita membuat posting sales “hardsell” semata.  Kita sendiri pun tidak sukakan salesman yang selalu suka push untuk sales kan?

Sekarang sudah bulan October, hanya tinggal beberapa hari sebelum 11 November. Bagaimana kita ingin mendapatkan trust prospek? Mengikut trend sekarang, kita perlulah mendapatkan trust prospek kita dengan menggunakan pengiklanan secara “softsell”. Tahukan apa itu “softsell”?

Dengan merujuk kepada Marketing Funnel, prospek anda akan berada dibahagian Acquisition, tetapi yang penting sekali adalah pada bahagian Awareness / Demand Generation. Kenapa ia penting? Sebelum mereka yang menjadi prospek kita, mereka kena trust kita dulu. Untuk mendapatkan trust, kita perlulah memperbanyakkan softsell tentang bisnes kita kepada audience. Bila sudah dapat trust, barulah kita buat iklan hardsell.

Seperti berjalan, kita kena merangkak dulu sebelum berjalan dan kemudian berlari. Sama seperti membuat sales, baik offline atau online. Kita kena mulakan dengan membuat awareness softsell audience, apabila sudah dapat trust barulah sales datang, dan seterusnya dapat regular customer.

Inilah perkara asas yang setiap usahawan perlu tahu.


Semoga sharing saya dapat sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda. 



Comments

Popular posts from this blog

5 Langkah untuk Verified di Instagram

3 RAHSIA KEJAYAAN HIPSTER POMADE

Page Role Paling Penting untuk 2018